Followers

pages

Thursday, December 22, 2011

You Did Well

You Did Well Kakak, Mommy n Daddy proud of you. 
Since masuk tadika lagi saya selalu mengeluh mungkin sbb Yaya bertubuh kecil dan halus membataskan apa sahaja perlakuan dia di sekolah. Cikgu cakap dia pendiam. Sukan tahunan pun tidak terlibat untuk tahun satu. Pelik, zaman sekolah saya dulu semua student untuk tahun 1 hingga 3 adalah wajib turut serta. Tapi sekarang sudah tidak lagi kerana mereka hanya memilih budak yang nampak besar dan sihat. Dari situ keseronokan sukan tahunan sudah nampak tidak best maksudnya tahun depan tidak payah datang waktu sukan tahunan atas alasan bukan terlibat apa2 pun kan. Buat penat saja tu

Saya tidak kisah sebenarnya, cuma saya menyelami perasaan anak saya kan. bukan boleh di ulang tayang pun untuk kembali kezaman sebelumnya bila nnt dia dah besar. So mommy just cakap kat Yaya takpelah tahun depan ada lagi. kalau Yaya tak bagus dalam sukan, Yaya kena belajar bagus-bagus supaya jadi anak yang pintar. firstly for the first year sekolah rendah ni saya tak kisah sangat soal pembelajaran Yaya. Bagi saya dia baru merangkak dan saya tidak harus berkeras atau mendesak dia untuk terus buka buku setiap hari. cuma bila minggu2 exam tu saya tekankan sedikit masanya. Pun begitu Kartun masih tidak tinggal (namanya budakkan)

Apapun Kakak Bijak ke tidak ke atau lemah ke itu bukan soalnya. Mommy, Daddy n Adik always support you Kakak.Sayang kakak sangat2....


Yang tak bestnya nya plak sewaktu penyampaian hadiah Yaya boleh plak follw Opah n Atuknya balik kampung. Melepas nak tengok anak sendiri naik pentas terima sijil n hadiah kan T_T kalau lah ada doraemon kan bukan boleh di ulang tayang pun sesi ni... Ini kes pihak sekolah suka sangat last minit inform. tetiba je pihak sekolah call sehari sebelum majlis. dalam minggu terakhir persekolahan... Malas mau cakap lah tension je nanti... babai...

0 ulasan: