Sempena hari Ibu saya mau kenalkan siapa IBU saya. Seorang yang garang macam SINGA tapi lembut macam ARNAB. mendidik saya dan memanjakan saya memang kegemarannya..;P
dia lah ratu dia lah diva saya . SELAMAT HARI IBU MAK
Kesah dan perjalanan hidup mu selama 10 tahun ini
Emak lahir pada 21 July 1959 dan melahirkan saya pada umurnya 23 tahun iaitu pada lebih kurang hampir 31 tahun dahulu. My Mom ni pernah mengalami kemalangan dan mengakibatkan tulang pinggulnya patah 3. Doktor telah mengesahkan bahawa peluang untuk sembuh amatlah tipis sekali kerana beliau disahkan akan lumpuh. Waktu kejadian saya memang tidak berada di Kota Kinabalu kerana sedang menuntut. Lebih perit lagi saya tidak dimaklumkan tentang kejadian ini atas permintaan beliau juga. Aruah Abah pula mengambil peranan memandikan dan membersihan Emak. Setiap hari juga nenek akan datang menjenguknya memasak untuknya dan juga sentiasa mengurutnya. pengorbanan seorang Ibu itulah amatlah besar. Nenek cakap, air matanya sentiasa mengalir bila melihat keadaan anaknya yang sedang sakit itu. berkat tangan Nenek (juga seorang bidan mengurut selepas bersalin) yang sudah tua itu mengurut Emak akhirnya selang beberapa bulan Emak kembali pulih dan sudah boleh berjalan semula. alhamdulillah, Doktor juga terkejut dan setelah diperiksa Doktor menasihati Emak supaya banyakkan rehat dan kurangkan pergerakan kerna sekiranya Emak terjatuh maka kondisi Emak akan menjadi teruk iaitu akan lumpuh buat selama-lamanya.
![]() | ||||
suatu hari Emak pengsen dan dibawa ke Hospital. Dugaan demi dugaan menimpanya. kerana Emak disahkan mengidapi kanser tahap ke-3. pilu nya hati saya mendengar berita ini. Dugaan apa kah ini. Emak sudah mula dijadulkan untuk membuat kemoterapi. Rambutnya juga sudah mulai gugur sehingga menjadi botak. alis matanya juga sudah habis. Kulitnya menjadi gelap dan tidak secantik dan selembut dulu. Berat badannya semakin jauh berkurangan sehingga mencapi ke 32kg kerana waktu itu saya yang kecil molek ini seberat 38-40kg adalah jauh lebih berat dari nya. Emak sudah mula menjauhkan diri dari dunia luarnya. temannya hanya Novel2 yang semakin berlambak dalam simpanannya. Selama lebih kurang 2 tahun Emak berulang-alik ke Hospital. Saya kagum dengan kesabarannya dan kecekalannya. Akhirnya beliau sembuh tetapi harus juga membuat pemerikasaan mengikut temujanji kerana dikuatiri kanser itu jadi semula. kesan daripada kemoterapi itu lengan nya mempunyai parut yang besar dan lebih besar dari syiling 50sen bukan hanya satu tetapi banyak kerana kedua-dua lengan digunakan untuk dimasukkan ubat. Kulitnya menjadi kekal gelap dan kelihatan kering dan kecut.
selang beberpa tahun Aruah abah pula dijangkiti kanser tahap ke-4. Doktor memaklumkan hayat Aruah hanya ada 6 bulan. Aduh... berita ini sangat mengejutkan Emak dan kami semua kerana Aruah Abah kelihatan sihat2 sahaja. Dugaan untuk Emak datang sekali lagi. Emak menjaga Aruah dengan penuh kasih sayang. tidak seinci pun pandangan Emak tu lepas dari melihat aruah. Pada mulanya Aruah kelihatan stabil dan 6 bulan sudah berlalu. Aruah yang kelihatan sihat tiba2 selang sebulan penyakitnya datang semula. 1 bulan terakhir permintaan Abah semakin sukar untuk dituruti. Tidak lalu makan dan minum. sehinggalah akhir hayatnya aruah yang dibekalkan morfin sebagai ubat penahan sakitnya sangat merisaukan Emak. Tidur Emak pun boleh dikira hanya 2 ke 3 jam sahaja sehari selama 8 bulan .
Kini sudah hampir 3 tahun berlalu . semangat Emak sudah pulih tetapi itu adalah apa yang saya nampak dari luaran. dalam hatinya masih derita. Kasihan Emak. kalau dulu hidupnya bergantung penuh kepada Aruah. Apa sahaja urusan dan keputusan semua di tangan Aruah. Sekarang apa sahaja urusan ditangannya dan dia akan kelihatan bingung bila sesuatu urusan tidak dapat ditanganninya. Untung ada kakak saya yang tinggal bersamanya buat masa ini.Dari urusan rumah sehinggalah ke urusan adik beradik dan anak2 abang yang seramai 5 orang itu pasti kakak saya menjadi kepalanya. Emak hanya mendengar dan menurut. Tahun depan Kakak saya akan berpindah semula ke tanah semenanjung. Harapan saya moga Emak tabah, sabar dan tidak terkontang kanting menguruskan rumah, dirinya dan keperluannya .



10 ulasan:
love this,babe.
Aku turut bersama dalam perjalanan Kak Ken selama ini. Lama sudah tak jumpa....
sedih baca entry nii..
semoga emak sihat selalu ya bi.
Luna Biru,
thns k ren, yah mom begitu bah nampak jak happy tp perasaan dia susah mau jaga... btw.. happy mothers day to u 2.
ietams,
ya bah dek.. itu cerita secara ringkas klu cerita semua mau mengalir air mata ni 10 baldi... nnt temuntah2 jak kamu baca tu.. hehehe
selamat hari ibu.. :)
Aida Azryn,
tq dear
sayunya mbaca catatan ini.. Selamat hari ibu utk anda & ibu anda.. semoga tabah.
n3 terbaru kakyong
Majlis resepsi Fazreen Rafi & Sy Marlina
Majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
kak Yong ,
tq so much.... selamat hr ibu gak
salam ziarah balas...moga ibu Didy sentiasa ceria,dipanjangkan um,ur dan diberikan kesihatan yang baik
ina hashim,
tq...
Post a Comment