apa kes untuk gambar di atas
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/
sebenarnya jumaat hari tu (4 mac) saya ambil halfday EL dan bawa my Yaya tu pergi klinik untuk injection untuk tahun 1. patutnya dia dijarum di sekolah tetapi disebabkan suhu badannya ada sedikit panas(demam) maka terpaksalah dia dijadualkan(temujanji) pd hr jumaat petang. kecoh juga lah saya jumaat tu sebab dalam surat dinyatakan app dlm jam 2.45. saya pergi pejabat sekolah tepat jam 2.45pm bila saya dapati klinik sekolah ternyata lengang dan berkunci. staf pejabat pula tidak pasti tentang temujanji ini. so saya pun pergilah klinik kerajaan dekat pekan sg. besi. pada mulanya mereka juga kurang pasti tetapi mereka memberi kerja sama yang bagus untuk saya. setelah seorang Encik doktor lelaki yang muda itu menolong dengan membuat beberapa panggilan talifon akhirnya dia menyuruh saya terus sahaja ke klinik DBKL cheras dekat jln peel. Wah lagi 5 minit ke angka 4 baru sampai ke klinik tersebut yang keadaan klinik itu sudah agak sunyi sepi...
saya di suruh naik tingkat 1 en hubby pula park kereta.
Akhirnya sewaktu sesi injec menginject ni Yaya terlepas dari tangan saya dan berlari keluar dr bilik injection. punya lah bekejar. pn misi seramai 2 orang membantu saya untuk memujuk Yaya dan mengangkatnya masuk kebilik. ternyata tenaga Yaya seperti 5 orang tenaga dewasa kerana seramai 6 orang misi terpakasa bertungkus lumus untuk mengerjakan Yaya. Jeritan Yaya yang bagai SUPER SAIYA (dragon ball) itu mengejutkan en hubby yg berada di GF(lobi)yg sedang melilau mencari kami terus meluru masuk kebilik injection sebaik sampai ke tingkat satu. lajunya en hubby juga bagai SUPER SAIYA. Satu pengalaman yang sungguh memberi kesan di hati saya. tangan yaya kedua-dua belah di inject. disebabkan pergerakan nya yang lincah maka ada lah kesan luka sikit dr injection itu. Hati saya sebagai seorang ibu amatlah sensetif ketika itu. walau dalam keadaan tersenyum tetapi hati saya perit. kasihan tengok dia(walhal dah besar kan)sepanjang perjalanan balik mukanya masam kelat saya peluk dia dan memujuknya. marahnya pada saya sampai ke malam. bila teringatkan kejadian itu saya tidak berhenti tersenyum... memang lucu



2 ulasan:
ala comeynye yaya..
comey apenye...
malu lah momi nya anak buat perangai kat situ... menjerit2 panggil momi bila nampak ejal die jerit panggil daddy mintak tolong plak... adui...lucu gilak
Post a Comment