Followers

pages

Thursday, January 06, 2011

Yaya & Artis

Hujan yang turun bagaikan mutiara... lallalala.. hujan yang turun saya perasan sejak pukul 4 pagi tu lagi lah membuatkan tidur saya tu sedap betul. Tapi sejuk nya ya hampuuun sampai ke tulang sum sum so seperti biasa pki jaket n socks satu kemestian lepas tu berkubang dalam selimut busuk saya tu..
Tajuk diatas untuk N3 ni sebenarnya bukan jumpa artis tapi Yaya bagaikan artis dimata saya.... lallala
Pagi ni hantar yaya ke sekolah imagine kami naik motor betiga dengan jaket berdouble di temani payung.. mmg kelakar kan. Saya jadi super gemuk lah sekejap. Saya hantar Yaya terus sampai ke kelas, cik puan cekgu pun blom masuk lagi agaknya hari ni tak baris kot semua direct masuk kelas. bila saya keluar dari kelas sya dapat melihat Yaya dikerumun oleh kawan-kawannya. siap diurut2 lagi bahunya... Wah teruja nya saya patut lah Yaya bersemangat mahu ke sekolah walau dalam hujan. Teringat pula waktu zaman tadikanya dimana sesampai sahaja dia luar pintu pasti kawan2nya tu memanggil2 nama nya DIDY2 sambil menjerit2 mengalahkan artis yg datang siap di bukakan pintu grill lagi .. dalam hati saya terdetik juga Yaya ni ada pengaruh yg kuat kot...


Alhamdulillah Yaya punya ramai kawan dan itu amatlah menggembirakan saya. Mata saya berkaca2 lagi (betul super palui saya ni) maklumlah excited lebih si mami ni tau.

0 ulasan: