Followers

pages

Wednesday, January 05, 2011

sekolah Rendah Desa Tasik

Syukur Alhamdulillah...
Sebagai seorang Ibu saya amatlah gembira sekali hingga tidak boleh diungkap dengan kata2. Kali pertama Yaya melangkah ke sekolah tadika saya merasakan satu cabaran hebat bila dia mengalirkan air mata dan memeluk saya supaya tidak ditinggalkan. Hati mana tidak terusik mungkin kerana kami manjakan dia sangat seminggu juga lah saya ashik mengumpan dia dengan macam2 benda dan makanan dan hasilnya juga berjaya. walaupun itu satu perkara yang tidak baik. Tak kisah lah bagi saya.

Yaya duduk 2nd last dekat tingkap.. andu bah mata dia saja yg saya nampak


Tahun ni Yaya melangkah ke tahun 1,
hari pertama memang saya dan en hubby susah hati melihat tubir matanya yang sudah shining2 itu hanya tinggal jatuh sahaja ke pipi yang belum lagi. sekolah yang besar dan cuma ada satu sidang sahaja kesemuanya sekolah pagi. Memang pek gila itu sekolah. dengan ibu bapa lagi yang berkerumun, hati saya menjadi risau kalau2 yaya tersesat sendiri di sekolah itu. saya sudah lupa bahawa anak saya itu bukan lagi anak kecil. kita hanya perlu bagi tahu dan ingatkan dia sahaja dan hasilnya semua jadi mudah. Kami tunggu dia waktu rehat dan ajar dia macam mana nak beli makanan walau saya siapkan bekal setiap hari tapi mana lah tahu satu hari nanti bekalnya tertinggal ke... kan. Balik pun saya ambik sampai depan kelas di tingkat 2. Saya memang bersemangat waja. Saya ibarat pengawas sekolah rendah lah juga (trip palui)

harus di highlight baju itu mami jahit sendiri okey..



Hari ke-2, Saya hantar dia sampai ke kelas bagi dia duduk dan saya bagi alasan kononnya saya perlu berjumpa cekgu dibawah. Dia pesan, mami jangan lama-lama tau nanti tunggu kakak kat luar je. Saya pun menciumnya dan cakap ok dan dalam hati nanti rehat saya akan tengok dia tapi hampeh saya dan en hubby tak muncul2 pun dan selepas balik dari sekolah dia cakap semua ok. Syukur alhamdulillah tiada masalah

Hari ke-3, Hari ni saya hantar dia hingga ke tempat pelajar2 berkumpul(baris) sebelum naik ke kelas dan kali ini Yaya ok tak membantah walau sepatah pun saya saja yang risau lebih. Dan kali ini mata saya pula yang berkaca-kaca. tidak tersangka anak saya itu sudah besar dan mampu berdikari sendiri saya saja yang masi menganggapnya seperti anak kecil lagi mungkin sebab dia masih minum susu kot..;p


Hari ke-4 iaitu esok saya sudah konfiden melepaskannya sudah tidak berapa risau. anak saya pun sudah besar... yah sudah besar.. huhuhu


SYABAS buat Yaya belajar rajin2 yah nak mana lah tau suatu hari nanti blog mami ni jadi rujukan kan ;p
apapun mami sayang anak2 mami semua...

6 ulasan:

Ina Hashim said...

alalala...kiutnya yaya berbaju sekolah

Dimple said...

b, ipo nanges. kesian yaya. buduh ba saya neh. penanges. bye.

Ietams said...

comey..yaya dah dajah 1.

p/s: series kagum.. dari gigs'ian dedulu sudah bertukar ke bidang keperempuanan (jait menjait, masak memasak..)

DRE said...

ina hashim..
tq... sebenarnya lebih suka tengok dia berbaju kurung dr pki pinafo lagipun baru tahun satu dudknya masi tidak teratur takut terkangkang ke apa ke risau plak kan.

DRE said...

dimple..
ahhaha.. ya bah anak 1st masuk sekolah bah po kita risau lebih mcm la dia tu baru 3 tahun kunun.
di opis mata ni ndak buli di tahan2 risau yg amat.

DRE said...

ietams..
comel kan... na yg ada anak satu tu lagi parah nnt dia masuk sekolah risau tahap gaban tu...

eseseh... tq sya pun kagum kunun sekarang ni buat coklat plak..alololo